Pages

nuff head

Followers

website/blog counter

salam sejahtera to all ! smile, peace senyumm clik ! hee

tau tak apa itu website/blog counter?? emm ada yang geleng kepala, ada yang angguk. macam lagu pulak yer. 'geleng geleng, angguk angguk, ikut tunjuk ia ia, saya saya, kiri kanan ikut saya !'. hah sudah. stop! bukan masa untuk menyanyi yer hehe

website/blog counter adalah satu plugin yang mana digunakan untuk mengira bilangan pelawat yang datang ke blog kita la.kerja website counter ini adalah untuk mengira bilangan pengunjung/pelawat yang datang ke blog kita. Jadi, dengan pemasangan plugin ney di blog/website kita, dapatlah kita mengetahui bilangan pelawat yang datang ke blog kita. jadi, nak tahu blog kita glamour ke tidak, bilangan di website counter dapat menjawabnya. =)

1. jenis2 website counter = superfreecounter, free-stats-counter, bestfreecounter, hitwebcounter and so on.

kalau kita tanya kat pakcik google(taip kat google search) tu, terdapat berbagai-bagai jenis counter. sebagai contoh, apabila aku taip kat google search tu, terpaparlah bermacam-macam counter seperti superfreecounter, free-stats-counter, bestfreecounter, hitwebcounter dan lain-lain. korang just boleh pilih je yang mana - mana pun suka. walaubagaimanapun, sebelum menggunakan apa sahaja counter di blog korang tu, sebaiknya, baca dulu review daripada orang yang telah pun menggunakan counter tersebut. sekali lagi, bolehlah anda bertanyakan kepada pakcik google ye, bukan pakcik-pakcik yang tengah minum air di kedai-kedai kopi tu yer !

sekarang, biar aku cerita tentang counter yang aku gunakan di blog cakapkosong2011.blogspot.com ney. plugin yang aku gunakan ialah statcounter yang mana boleh didapati di website statcounter.com. hanya perlu ke website statcounter.com tu dan ikut sahaja arahan arahannya seperti seorang anak murid mengikut arahan gurunya hehe

statcounter.com

dah pergi ke website statcounter tu, boleh la korang sign up, senang je, hanya masukkan email korang, nama project(letak blog korang yang nak plugin ney), password. simple je. then terus dapat html code yang mana korang boleh copy pastekan ke blog korang. ada panduan dalam website tu macam mana nak install stat counter ney.

so? apa kelebihan menggunakan statcounter tu? emm berdasarkan pengalaman aku yang baru setahun jagung dalam dunia blogging ney, dan aku baru sahaja menggunakan statcounter ney, tak boleh la nak ceritakan dengan mendalam sangat ye. secara tidak halusnya(secara kasar) , dengan statcounter ney, yang pertamanya, sememangnya kita dapat tahu jumlah pengunjung yang datang ke blog kita. selain itu, dapat juga kita mengetahui post yang paling popular, iaitu post yang paling banyak dibaca di blog korang. korang juga dapat menganalisis keyword dalam blog korang dan ini adalah penting dalam SEO(search engine optimization). dapat mengesan visitor path, perjalanan pelawat di dalam blog korang, dari satu link ke link yang lain dan sebagainya. memang banyaklah kelebihan statcounter ney yer!

You liked this post? Subscribe via RSS feed and get daily updates.

0 comments: