Pages

nuff head

Followers

Jogging Sihat Badan

Jogging dapat menyihatkan badan. Betul, aku tidak tipu.

Alhamdulillah, pada pagi ney, dapat juga aku menaip lagi untuk blog cakapkosong2011.blogspot.com. Eh, nama blog ney , ada '2011' tu, sedangkan tahun 2011 hampir berakhir dah pun. =) it is ok ! cool man! hehe

Bercerita pasal jogging ney, aku baru sahaja habis berjogging, dan sekarang ini, tengah menaip di blog ini sambil mengeringkan peluh ceewah ! Jom dengar aku bercakap kosong (ada isi, bukan omongan kosong saja tau hehe) berkenaan dengan berjogging ney.


Aku jogging tadi, mengambil masa selama 15 minit sahaja, yup, tidak lama untuk membuat 4 pusingan balapan di padang berhampiran dengan hostel aku. 1 pusingan tu adalah 400 meter. Jadi 4 pusingan adalah bersamaan dengan 1.6 kilometer =) Aku turun ke padang tadi, dalam pukul 715 pagi dan sampai di bilik dalam pukul 740 pagi dan memang dah berada di depan laptop ni ha. Masa yang diambil sekejap je. Tidak lama. Cukup untuk mengeluarkan peluh dari badan, insyaallah sihat badan ney. hee Dalam 4 pusingan tu, aku jogging 3 pusingan, selepas itu, semasa nak habis pusingan ketiga tu, aku sprint dalam 100 meter dan akhirnya pusingan keempat tu, aku jalan dan terus sampai bilik. Nice kan. Nanti siapa-siapa nak berjogging dengan aku bagitau yer hee



Kelebihan Berjogging.
Kegiatan berjogging ini mempunyai banyak kelebihannya. Daripada hujung kepala sampailah ke hujung kaki mendapat manfaat daripada aktiviti berjogging ini. Yang pertamanya, jogging ney, akan menyihatkan badan. Hal ini adalah kerana, kita dapat mengeluarkan peluh dari badan, dan juga, berjogging akan membuat pengaliran darah dalam badan kita berjalan dengan lebih lancar. Jadikanlah jogging ney amalan kita ye =) Manfaat lainnya, dengan berjogging ini, dapat menajamkan minda kita. Menjadikan otak kita lebih cerdas, cepat berfikir dan memang tajamlah. Kata orang putih, 'sharp mind', ceewah. Betul, pengaliran darah yang lancar, yang dipam dari jantung, ke kepala, dan seterusnya ke anggota badan yang lain akan membuatkan badan kita lebih sihat. Otak Cerdas!

Tambahan lagi, jogging juga dapat menghilangkan tekanan kita. Bayangkanlah kita yang seharian bekerja, dari pukul 8 pagi hingga 5 petang, sememangnya tidak boleh lari dari menghadapi tekanan kan. Jadi, berjogginglah anda. cubalah. Saya jamin akan dapat mengurangkan tekanan tersebut. Dan, aktiviti berjogging juga akan mengelakkan anda daripada menghidap penyakit obesiti iaitu berat badan yang berlebihan. Tahukan anda bahawa berat badan yang berlebihan akan membawa penyakit-penyakit lain seperti strok, sakit jantung dan sebagainya. Jadi, taknak penyakit, rajin-rajinkanlah berjogging ye =)

Akhir kata untuk pagi ini, nanti jangan lupa untuk berjogging tau! Selamat berblogging(dan jogging), selamat beramal !


You liked this post? Subscribe via RSS feed and get daily updates.

0 comments: