Pages

nuff head

Followers

cerita di kedai makan.

sebelum ia hilang dari ingatanku, biarlah aku ukirkan di blog ini hehe

post ini bukan untuk menceritakan perihal kedai makan, perihal makanan ke apa ke yer. post 'cerita kedai makan' ini adalah mengisahkan kisah lucu yang berlaku ketika aku dan kawan sedang menikmati hidangan di sebuah kedai makan di pinggiran kota.

pada petang tu, aku mengajak kawan aku untuk ke giant(sebuah pasaraya, bukan makhluk ye) untuk membeli sedikit keperluan hidupku di hostel. jadi, pergilah kitorang ke pasaraya giant tu dengan sebuah motosikal. sesudah membeli apa yang kitorang mahukan, bertolak balik la kitorang ke hostel. semasa perjalanan pulang tu, kitorang membuat keputusan untuk berhenti untuk makan dahulu sebelum balik ke hostel.


sampailah ke kedai makan tersebut. setelah mengambil tempat di sebuah meja yang tidak jauh dari kaunter, supaya dekat dengan televisyen. dapatla tengok-tengok tv dulu semasa makan. takla boring sangat kan. =)

setelah makanan yang diorder sampai ke meja, terus kitorang 'ngap' makanan itu disebabkan perut yang lapar. memang makan tak ingat dunia la. lapar + makanan sedap, memang pekej! makan punya makan punya makan, habisla makanan tu. pada waktu itu, aku makan nasik goreng kampung, yang dipenuhi dengan ikan bilis yang rangup, ditemani pula dengan sambal belacan ! fuh! sedap tu.

sampai la part yang lucu ney. hehe kedai makan tu adalah milik orang Thailand. ntah macam mana boleh berniaga kat sini pun aku tak tau. lantaklah janji makanan diorang sedap dan juga harga standard. tak mahal. jadi, pekerja-pekerja (waiter) kat kedai tu orang Thailand jugak la. diorang ney menggunakan bahasa kelantan. so, memang aku faham sangat la sebab aku orang kelantan hehe

masa kitorang asyik meneguk air , sementara menunggu makanan turun mengikut tarikan graviti turun ke perut, terjadilah kisah yang melucukan.

seorang lelaki ney, sedang makan nasik gorang patayya(aku nampak la nasik goreng tu, dilitupi telur hehe). pastu, sedang asyik dia makan, tiba-tiba dia melilau mencari waiter sambil mengangkat tangan. datangla seorang waiter ney.

"ye abe? ", tanya waiter tu.

sos cili ada ? tanya lelaki tu kat waiter yang berwarga Thailand tu.

kejap abe deh. sambil memanggil kawannya. sambil melaung meminta dihantar sos cili.

sementara itu, berlakulah komunikasi antara 2 orang waiter Thailand itu. selang beberapa saat, datang balik waiter tu dekat pelanggan tadi.

"abe, mitok maah deh. takdi, abe nok sos cili ke, cili sos??"

dengan muka pelik, dahi yang berkerut, lelaki tu kelihatan berfikir sejenak untuk menjawab pertanyaan waiter tadi. dengan selambanya dia menjawab.

"yang mana-mana pun boleh dik". dan berlalulah waiter tu dengan sedikit kehairanan. lelaki itu tersenyum lebar.

aku yang berada tidak jauh dari situ memang dapat menyaksikan alkisah yang melucukan itu. letih perut aku nak menahan diri dari gelak. memang nak tergelak yang teramat masa tu. eh, tapi tak baik gelakkan orang kan! sebenarnya, sama je sos cili atau cili sos. tiada bezanya. susunan je yang lain . hehe papepun, aku akan tetap akan memenuhkan perut aku di kedai makan tu. cayalah!

eh, sorry la kalau korang rasa tak lucu sangat. terpaksalah aku gelak sorang-sorang hehe

You liked this post? Subscribe via RSS feed and get daily updates.

0 comments: