Pages

nuff head

Followers

buat duit dengan berblogging!

Kegiatan berblogging ini tidak asing lagi dah pada zaman sekarang ney. Macam-macam blog yang kita boleh jumpa di dalam dunia internet ney. Untuk membuat blog pula, kita boleh membuatnya dengan percuma seperti dengan menggunakan blogger, seperti yang aku guna skang ney, ada wordpress dan macam-macam lagi. Dalam bidang berblogging ney, aku ney kalau nak cakap baru lagi dalam blogging ney tak jugak, tapi tak aktif sangat sebelum ney. Dan skang, baru mula nak berjinak-jinak kembali dengan blogging. Jadi, nak cerita sikit la pasal buat duit dengan blogging kan memandangkan aku ada blog. wei aku ada blog haha

Jadi, secara kasarnya, apa yang aku tau, boleh aku ceritakan di sini terdapat 5 cara untuk mendapatkan duit dari berblogging ney : 

1. Melalui agensi pengiklanan. Terdapat berbagai - bagai syarikat pengiklanan di dalam dunia internet ney. Contohnya yang paling biasa yang boleh dilihat ialah nuffnang, innity, google adsense  dan sebagainya. Dalam program pengiklanan ini, yang paling penting adalah trafik. trafik trafik trafik !

2. Menulis review. menulis pandangan ataupun review mengenai product, servis dan sebagainya mengikut keperluan pihak penganjur. Sebagai contoh payperpost.com yang mana mereka akan membayar review atau posting di blog korang. Jadi, kalau korang ney yang jenis rajin mengomen ke, membebel ke, bolehlah menyertai program ney.

3. Menyertai program affiliate bagi menjana pendapatan tambahan. Program affiliate ini amat mudah kerana hanya perlu promote. Tidak perlu fikir tentang proses pembelian, penghantaran dan isu isu lain yang memeningkan kepala. Jadi, dengan menyertai sertai program affiliate = tak pening kepala. Kalau di luar negara, memang terlampau banyak sangat program sebegini. Namun, tidak kurang juga negara kita yang kian pesat membangun ney!  

4. Jual iklan/sewa seperti banner, atau text link di blog. Untuk menyertai program ini, blog kita haruslah mempunyai trafik yang tinggi. Lagi tinggi lagi bagus, lagi mahal anda boleh jual iklan di blog tu di blog korang. Begitu juga dengan menyewakan iklan di bahagian - bahagian di blog, di sidebar ke, under title ke. iklan ini boleh disewakan dengan pelbagai harga berdasarkan saiz - saiz iklan. 

5. Menjual produk sendiri. Pada zaman yang serba canggih ini, memang tidak perlu lagi untuk kita pergi dari satu rumah ke satu rumah mengetuk pintu (yang mana kadang kala tidak menyenangkan empunya rumah itu). Misalnya dengan menjual tudung, cermin mata, buku second hand dan sebagainya. Sebagai contoh, ada jiran aku dulu tu, die pernah menjual tudung yang dibeli dari rantau panjang(barangan dari Thailand banyak terdapat di sini hehe) dengan membuat satu blog (blogger) sahaja. dan sepupu aku pula, menjual teko yang beraneka corak dan bentuk. tengok! banyak perkara yang boleh dijual sebenarnya di sekeliling kita =)

Jadi, memang tidak mustahil lagi bagi kita untuk menjana kewangan dari internet ney. Apa yang penting, perlu ada matlamat, disiplin dan juga konsisten dalam bidang ini. Selamat berblogging dan selamat beramal !

Robbie Williams - My Way [royal albert hall]


korang pernah dengar tak lagu ney? apa? pernah? pernah dengar? tak pernah? haa ney ha sekarang ney aku tengah melayan video clip lagu ney.

video clip yang aku tengah tengok sekarang ney adalah video Robbie William menyanyikan lagu yang bertajuk 'My Way' yang mana liriknya begitu bermakna sekali. Dalam video ney, memang boleh tengok, betapa bermaknanya lagu ini. Betapa indahnya lirik dan lagu yang dinyanyikan oleh Robbie William ney.

Persembahan yang hebat ini adalah di Royal Albert Hall . Memang ramai orang yang menyaksikan nyanyian ini. Di belakang pentas, terpampang besar dua huruf 'R' and 'B', dua huruf yang menjadi simbol nama Robbie William. Dengan bunyi pekikan penonton, lambaian tangan penonton, menunjukkan betapa mereka menghayati setiap bibit-bibit lagu My Way ini.

Saat yang paling mengharukan apabila setibanya di rangkap terakhir nyanyian Robbie William itu. RB telah naik ke bahagian pentas yang lebih tinggi, memandang penonton dengan riak muka yang begitu bersemangat, mata yang merah hampir menitiskan air mata, penonton-penonton yang hadir semuanya berdiri, bersorak memberikan penghormatan kepada RB.

Berkenaan dengan lirik lagu ini, memang mempunya maksud yang begitu mendalam. Betapa pentingnya kita mempercayai diri kita sendiri. Teramat penting sekali keyakinan terhadap diri sendiri. Dalam lirik ini, walaupun banyak halangan yang melanda diri, kita harus tetap dengan pegangan diri kita.

Hayatilah =)

motivasikan dirimu !

Jom sama-sama kita motivasikan diri kita semua. ceeaa wah!

Motivasi ney penting bagi diri kita, sebagai booster untuk kita melakukan sesuatu perkara tidak kiralah apa jua perkara yang kita lakukan dalam kehidupan seharian kita. Dalam sedar dan tidak sedar, semuanya bergantung kepada kemahuan kita. Dan, untuk melahirkan rasa MAHU itulah kena adanya booster tidak kiralah dari dalam atau luar diri kita. yang penting, kita sendiri mencari motivasi tersebut.

Jadi, 10 kata-kata motivasi di bawah ney sebenarnya aku dapat dari adik aku sendiri =) eh, bukan dia yang tulis atau reka motivasi tu, aku dapat dari bawah kalkulator dia. Masa tu, dia tengah mengulankaji pelajaran. Aku tengok, aku baca, dan aku tulis kat notepad. then, here there are :

1. NOBODY can go back and start a new beginning , but ANYONE can start today and make a new ending - Maria Robinson.

2. Learn from the mistakes of others . You will never live long enough to learn them yourself.

3. Don't give up and knock EVERY single door that you see until you get your chance .

4. Life is meant to be hard because great stories come from it.

5. Being a great leader is by saying NO. saying YES is easy.

6. If you judge people , you have no time to love them.

7. There is no security in earth, only opportunity.

8. One day yourlife will flash before you, make sure it's worth watching.

9. If you want to do everything until you are sure you are right, you will probably never do much of anything - Win Borden.

10. The best and the most  beautiful things in the world cannot be seen or be touched. the must be felt with the heart. - Hellen Keller.

my first post !

yeah ! pada pukul, lebih kurang 830am, terbinalah blog aku ! haha suka la sangat kan. blog yang beralamatkan cakapkosong2011.blogspot.com ney, khas untuk diri aku untuk menulis dan juga berkongsi apa sahaja maklumat penting, info menarik bersama pembaca blog ni, insyaallah. =)

jadi, dah ada blog ney, memang kena menulis la kan. haha memang lepas ni, aku akan cuba untuk buat yang terbaik, cuba untuk menulis dan tidak kurang pentingnya perkongsian ilmu antara kita sesama blogger ye tak. apa sahaja yang terlintas, atau apa sahaja idea yang aku ada, akan aku coretkan di blog ini.

tambahan, aku juga harap dengan terbinanya blog ini, dapat la aku menambah rakan-rakan blogger. nanti dengan adanya rakan blogger ney, dapatla aku belajar daripada diorang ni nanti macam mana nak berblogging dengan betul, dan boleh bertukar-tukar pendapat. tentang pelawat blog ney, aku harap ada la yang sudi baca blog aku yang tidak seberapa ney. takpe, yang penting menghasilkan post post yang bermutu, dan juga rajin mengupdate blog ney, insyaallah ada pembaca tersendiri . kan kan =)

selamat berblogging dan selamat beramal !