Pages

nuff head

Followers

buat duit dengan berblogging!

Kegiatan berblogging ini tidak asing lagi dah pada zaman sekarang ney. Macam-macam blog yang kita boleh jumpa di dalam dunia internet ney. Untuk membuat blog pula, kita boleh membuatnya dengan percuma seperti dengan menggunakan blogger, seperti yang aku guna skang ney, ada wordpress dan macam-macam lagi. Dalam bidang berblogging ney, aku ney kalau nak cakap baru lagi dalam blogging ney tak jugak, tapi tak aktif sangat sebelum ney. Dan skang, baru mula nak berjinak-jinak kembali dengan blogging. Jadi, nak cerita sikit la pasal buat duit dengan blogging kan memandangkan aku ada blog. wei aku ada blog haha

Jadi, secara kasarnya, apa yang aku tau, boleh aku ceritakan di sini terdapat 5 cara untuk mendapatkan duit dari berblogging ney : 

1. Melalui agensi pengiklanan. Terdapat berbagai - bagai syarikat pengiklanan di dalam dunia internet ney. Contohnya yang paling biasa yang boleh dilihat ialah nuffnang, innity, google adsense  dan sebagainya. Dalam program pengiklanan ini, yang paling penting adalah trafik. trafik trafik trafik !

2. Menulis review. menulis pandangan ataupun review mengenai product, servis dan sebagainya mengikut keperluan pihak penganjur. Sebagai contoh payperpost.com yang mana mereka akan membayar review atau posting di blog korang. Jadi, kalau korang ney yang jenis rajin mengomen ke, membebel ke, bolehlah menyertai program ney.

3. Menyertai program affiliate bagi menjana pendapatan tambahan. Program affiliate ini amat mudah kerana hanya perlu promote. Tidak perlu fikir tentang proses pembelian, penghantaran dan isu isu lain yang memeningkan kepala. Jadi, dengan menyertai sertai program affiliate = tak pening kepala. Kalau di luar negara, memang terlampau banyak sangat program sebegini. Namun, tidak kurang juga negara kita yang kian pesat membangun ney!  

4. Jual iklan/sewa seperti banner, atau text link di blog. Untuk menyertai program ini, blog kita haruslah mempunyai trafik yang tinggi. Lagi tinggi lagi bagus, lagi mahal anda boleh jual iklan di blog tu di blog korang. Begitu juga dengan menyewakan iklan di bahagian - bahagian di blog, di sidebar ke, under title ke. iklan ini boleh disewakan dengan pelbagai harga berdasarkan saiz - saiz iklan. 

5. Menjual produk sendiri. Pada zaman yang serba canggih ini, memang tidak perlu lagi untuk kita pergi dari satu rumah ke satu rumah mengetuk pintu (yang mana kadang kala tidak menyenangkan empunya rumah itu). Misalnya dengan menjual tudung, cermin mata, buku second hand dan sebagainya. Sebagai contoh, ada jiran aku dulu tu, die pernah menjual tudung yang dibeli dari rantau panjang(barangan dari Thailand banyak terdapat di sini hehe) dengan membuat satu blog (blogger) sahaja. dan sepupu aku pula, menjual teko yang beraneka corak dan bentuk. tengok! banyak perkara yang boleh dijual sebenarnya di sekeliling kita =)

Jadi, memang tidak mustahil lagi bagi kita untuk menjana kewangan dari internet ney. Apa yang penting, perlu ada matlamat, disiplin dan juga konsisten dalam bidang ini. Selamat berblogging dan selamat beramal !

You liked this post? Subscribe via RSS feed and get daily updates.

0 comments: