Pages

nuff head

Followers

cara untuk mempercepat startup.

masa startup bagi sesebuah komputer atau laptop sebenarnya boleh dipercepatkan. mungkin ramai di antara kita yang sudah mengetahui tentang cara untuk mempercepatkan masa startup ney. Namun, aku kongsikan juga di sini untuk sama-sama kita mendapat manfaat dari tutorial ringkas ini.

opps! taukah korang startup time tu apa?? kan ada yang pening kepala membaca entry ney kan susah jugak. aku takder panadol nak bagi hehe.

startup  time adalah masa yang diambil oleh sesebuah laptop/komputer dari butang on ditekan sehinggalah komputer/laptop itu boleh digunakan. maknanya, masa yang diambil semasa kita tekan butang on tu. biasanya, masa yang diambil hanya beberapa saat sahaja. kurang dari seminit. itu adalah waktu yang normal untuk sesebuah komputer untuk starting up.


semasa startup time tu, terdapat beberapa program yang di run kan oleh windows sesebuah komputer. oleh itu, kalau terdapat banyak program yang kita tidak disablekan semasa startup tu, maka, semakin lama lah masa yang diambil oleh sesebuah komputer itu untuk startup.

dalam sedar atau tidak sedar, apabila kita install apa sahaja aplikasi atau software, sebenarnya, kebanyakan dari sofware tersebut akan disetkan untuk run semasa start up. memang kebanyakan software begitu, melainkan korang sendiri yang disablekan applikasi tersebut supaya tidak di run kan semasa startup. dan, tidak semua software yang kita install kan di kamputer perlu semasa startup. sebab itu kita perlu disable kannya supaya komputer kita lebih cepat semasa startup!

eh eh, faham ke tidak ney?? hehe kalau tak faham tanya tau. jangan malu-malu.

jadi, sebagai jalan penyelesaiannya, aku ada sediakan tutorial ringkas untuk korang! blink blink ! caranya macam ney...

1. tekan windows button. dan dekat bahagian kotak 'search program and file' tu, korang taip 'msconfig' . dan akan keluar la kotak 'system configuration' macam ney.
 






2. korang klik kat startup. akan keluarlah startup item, manufacturer, command dan location sesuatu program.


3.kat startup item tu, korang untip je program yang tidak diperlukan semasa starting up. jangan silap untip pulak tau.


sebagai contoh, startup item yang aku untip ialah canon my printer, filehippo.com update checker, internet download manager(IDM), yahoo messenger dan sebagainya.

akhir kalam, korang try la restart. insyaallah masa yang diambil untuk startup lebih singkat dari yang biasa. =)

You liked this post? Subscribe via RSS feed and get daily updates.

0 comments: