Pages

nuff head

Followers

Showing posts with label cakap kosong. Show all posts
Showing posts with label cakap kosong. Show all posts

Jogging Sihat Badan

Jogging dapat menyihatkan badan. Betul, aku tidak tipu.

Alhamdulillah, pada pagi ney, dapat juga aku menaip lagi untuk blog cakapkosong2011.blogspot.com. Eh, nama blog ney , ada '2011' tu, sedangkan tahun 2011 hampir berakhir dah pun. =) it is ok ! cool man! hehe

Bercerita pasal jogging ney, aku baru sahaja habis berjogging, dan sekarang ini, tengah menaip di blog ini sambil mengeringkan peluh ceewah ! Jom dengar aku bercakap kosong (ada isi, bukan omongan kosong saja tau hehe) berkenaan dengan berjogging ney.

alhamdulillah. hehe aik, terseyum plak yer penulis blog cakap kosong ney! =)

Lewat malam tadi, dekat tengah malam jugak la, aku online, cek blog cakapkosong2011.blogspot.com ney, rupa-rupanya sudah ada dua orang yang telah klik butang follow aku kat sidebar tu! apa yang aku rasa?? Apa lagi, rasa gembira la kerana blog ney baru lagi dibangunkan oleh aku ! yeaaa

cerita di kedai makan.

sebelum ia hilang dari ingatanku, biarlah aku ukirkan di blog ini hehe

post ini bukan untuk menceritakan perihal kedai makan, perihal makanan ke apa ke yer. post 'cerita kedai makan' ini adalah mengisahkan kisah lucu yang berlaku ketika aku dan kawan sedang menikmati hidangan di sebuah kedai makan di pinggiran kota.

pada petang tu, aku mengajak kawan aku untuk ke giant(sebuah pasaraya, bukan makhluk ye) untuk membeli sedikit keperluan hidupku di hostel. jadi, pergilah kitorang ke pasaraya giant tu dengan sebuah motosikal. sesudah membeli apa yang kitorang mahukan, bertolak balik la kitorang ke hostel. semasa perjalanan pulang tu, kitorang membuat keputusan untuk berhenti untuk makan dahulu sebelum balik ke hostel.

Robbie Williams - My Way [royal albert hall]


korang pernah dengar tak lagu ney? apa? pernah? pernah dengar? tak pernah? haa ney ha sekarang ney aku tengah melayan video clip lagu ney.

video clip yang aku tengah tengok sekarang ney adalah video Robbie William menyanyikan lagu yang bertajuk 'My Way' yang mana liriknya begitu bermakna sekali. Dalam video ney, memang boleh tengok, betapa bermaknanya lagu ini. Betapa indahnya lirik dan lagu yang dinyanyikan oleh Robbie William ney.

Persembahan yang hebat ini adalah di Royal Albert Hall . Memang ramai orang yang menyaksikan nyanyian ini. Di belakang pentas, terpampang besar dua huruf 'R' and 'B', dua huruf yang menjadi simbol nama Robbie William. Dengan bunyi pekikan penonton, lambaian tangan penonton, menunjukkan betapa mereka menghayati setiap bibit-bibit lagu My Way ini.

Saat yang paling mengharukan apabila setibanya di rangkap terakhir nyanyian Robbie William itu. RB telah naik ke bahagian pentas yang lebih tinggi, memandang penonton dengan riak muka yang begitu bersemangat, mata yang merah hampir menitiskan air mata, penonton-penonton yang hadir semuanya berdiri, bersorak memberikan penghormatan kepada RB.

Berkenaan dengan lirik lagu ini, memang mempunya maksud yang begitu mendalam. Betapa pentingnya kita mempercayai diri kita sendiri. Teramat penting sekali keyakinan terhadap diri sendiri. Dalam lirik ini, walaupun banyak halangan yang melanda diri, kita harus tetap dengan pegangan diri kita.

Hayatilah =)

my first post !

yeah ! pada pukul, lebih kurang 830am, terbinalah blog aku ! haha suka la sangat kan. blog yang beralamatkan cakapkosong2011.blogspot.com ney, khas untuk diri aku untuk menulis dan juga berkongsi apa sahaja maklumat penting, info menarik bersama pembaca blog ni, insyaallah. =)

jadi, dah ada blog ney, memang kena menulis la kan. haha memang lepas ni, aku akan cuba untuk buat yang terbaik, cuba untuk menulis dan tidak kurang pentingnya perkongsian ilmu antara kita sesama blogger ye tak. apa sahaja yang terlintas, atau apa sahaja idea yang aku ada, akan aku coretkan di blog ini.

tambahan, aku juga harap dengan terbinanya blog ini, dapat la aku menambah rakan-rakan blogger. nanti dengan adanya rakan blogger ney, dapatla aku belajar daripada diorang ni nanti macam mana nak berblogging dengan betul, dan boleh bertukar-tukar pendapat. tentang pelawat blog ney, aku harap ada la yang sudi baca blog aku yang tidak seberapa ney. takpe, yang penting menghasilkan post post yang bermutu, dan juga rajin mengupdate blog ney, insyaallah ada pembaca tersendiri . kan kan =)

selamat berblogging dan selamat beramal !