Jogging dapat menyihatkan badan. Betul, aku tidak tipu.
Alhamdulillah, pada pagi ney, dapat juga aku menaip lagi untuk blog cakapkosong2011.blogspot.com. Eh, nama blog ney , ada '2011' tu, sedangkan tahun 2011 hampir berakhir dah pun. =) it is ok ! cool man! hehe
Bercerita pasal jogging ney, aku baru sahaja habis berjogging, dan sekarang ini, tengah menaip di blog ini sambil mengeringkan peluh ceewah ! Jom dengar aku bercakap kosong (ada isi, bukan omongan kosong saja tau hehe) berkenaan dengan berjogging ney.
nuff head
Followers
Jogging Sihat Badan
0 comments Monday, 5 December 2011
Lewat malam tadi, dekat tengah malam jugak la, aku online, cek blog cakapkosong2011.blogspot.com ney, rupa-rupanya sudah ada dua orang yang telah klik butang follow aku kat sidebar tu! apa yang aku rasa?? Apa lagi, rasa gembira la kerana blog ney baru lagi dibangunkan oleh aku ! yeaaa
Anda dan Kesihatan Anda !
Anda dan kesihatan anda, atau bahasa mudahnya, korang dan kesihatan korang. hehe
Pada waktu yang singkat ini, ingin aku share kan di sini, oppss, ingin aku kongsikan di sini beberapa point penting berkenaan dengan kesihatan kita semua. Waktu singkat? Kenapa? Selepas ney, aku ada meeting, jadi masa yang terluang ini, harap sempatla aku coretkan secara ringkas berkenaan dengan kesihatan kita semua. (Tengok ! Betapa aku sayang kat korang hehe)
Menjaga kesihatan diri merupakan perkara yang paling penting. Dalam keadaan kita sedar atau pun tidak, kita sebenarnya berada dalam keadaan yang sangat untuk kerana mempunyai kesihatan yang baik! Jom kita berfikir sejenak tentang kesihatan kita, kesihatan aku, dan juga kesihatan korang yang sedang membaca entry ini.(entry yang amat menarik ney =) )
0 comments Sunday, 4 December 2011
cara untuk mempercepat startup.
masa startup bagi sesebuah komputer atau laptop sebenarnya boleh dipercepatkan. mungkin ramai di antara kita yang sudah mengetahui tentang cara untuk mempercepatkan masa startup ney. Namun, aku kongsikan juga di sini untuk sama-sama kita mendapat manfaat dari tutorial ringkas ini.
opps! taukah korang startup time tu apa?? kan ada yang pening kepala membaca entry ney kan susah jugak. aku takder panadol nak bagi hehe.
startup time adalah masa yang diambil oleh sesebuah laptop/komputer dari butang on ditekan sehinggalah komputer/laptop itu boleh digunakan. maknanya, masa yang diambil semasa kita tekan butang on tu. biasanya, masa yang diambil hanya beberapa saat sahaja. kurang dari seminit. itu adalah waktu yang normal untuk sesebuah komputer untuk starting up.
0 comments Friday, 2 December 2011
cerita di kedai makan.
sebelum ia hilang dari ingatanku, biarlah aku ukirkan di blog ini hehe
post ini bukan untuk menceritakan perihal kedai makan, perihal makanan ke apa ke yer. post 'cerita kedai makan' ini adalah mengisahkan kisah lucu yang berlaku ketika aku dan kawan sedang menikmati hidangan di sebuah kedai makan di pinggiran kota.
pada petang tu, aku mengajak kawan aku untuk ke giant(sebuah pasaraya, bukan makhluk ye) untuk membeli sedikit keperluan hidupku di hostel. jadi, pergilah kitorang ke pasaraya giant tu dengan sebuah motosikal. sesudah membeli apa yang kitorang mahukan, bertolak balik la kitorang ke hostel. semasa perjalanan pulang tu, kitorang membuat keputusan untuk berhenti untuk makan dahulu sebelum balik ke hostel.